Showing posts with label keladi. Show all posts
Showing posts with label keladi. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Tanaman Landskap - Tumbuhan Renek Dedaunan : Alocasias

Foliage Plants - Alocasias

Tanaman keladi ataupun yam merupakan antara tumbuhan renek yang popular terutamanya keladi gajah atau Keladi Telinga Gajah yang turut dikenali sebagai Alocasia macrorrhizos (dahulunya dikenali sebagai Alocasia macrorrhiza). Tanaman ini menyerlahkan daunnya yang lebar dan hijau pekat yang membantu memberikan kesan warna hijau yang segera di dalam skim tanaman landskap. Tanaman ini yang diketahui mengandungi cecair yang boleh menyebabkan gatal apabila tersentuh dengan kulit kita cukup sinonim dengan landskap yang bertemakan tropika, Bali termasuk juga halaman Melayu. Selain popular ditanam secara berbatas ataupun berkelompok di sudut-sudut atau pinggir halaman, tumbuhan ini turut popular digunakan sebagai tanaman pasu.

....
Alocasia macrorrhizos ................................. Flower of A. macrorrhizos

Selain daripada Keladi Telinga Gajah di atas yang besaiz besar , terdapat juga kalangan genus Alocasia yang bersaiz kecil atau sederhana. Alocasia x amazonica contohnya, merupakan antara spesies keladi yang popular digunakan sebagai tanaman pasuan samada di kawasan kediaman ataupun persekitaran pejabat. Keladi Kris Plant ini yang turut dikenali dengan nama Keladi Candik, sememangnya sangat bergaya untuk diserlahkan di dalam skim bertemakan tropika ataupun hutan mini. Spesies yang mempunyai bentuk daun yang unik ini tumbuh dengan baik di kawasan separa redup di dalam media yang berorganik tinggi.

..........
Alocasia x amazonica ................ Alocasia x amazonica aka Kris Plant

Gambar di bawah menunjukkan satu lagi spesies keladi yang popular dan unik. Tanaman ini dikenali dengan nama Alocasia macrorrhizos "Variegata' - spesies yang dikatakan berasal daripada Negara Gajah Putih! Spesies ini turut sesuai untuk dipadankan dengan tema Bali bahkan mampu mencetuskan kelainan di dalam taman anda. Keladi batik atau Keladi Marmar ini sesuai diperagakan dalam bentuk pasuan atau ditanam secara berkelompok pada sudut-sudut tertentu halaman.

Alocasia macrorrhizos 'Variegata'

Terdapat pelbagai lagi spesies Alocasia yang menarik untuk dikongsikan bersama. Sebahagiannya ada disertakan di halaman ini. Tanaman Alocasia memerlukan tanah yang peroi untuk tumbuh dengan baik. Tanaman dari jenis A. macrorrhizos yang matang mampu untuk tumbuh tegak dan berbatang dengan gaya atau karetornya yang tersendiri. Meskipun mampu untuk tumbuh di kawasan yang separa redup, spesies ini turut sesuai untuk diperagakan di kawasan yang terbuka.


Alocasia spp



Alocasia macrorrhizos 'Lutea'



Anda mempunyai koleksi tanaman Alocasias yang menarik di halaman rumah anda? Ayuh! Kongsikan bersama kami dengan menghantarkannya ke mytaman@gmail.com atau poskan komen anda di bawah.



Artikel ini disediakan oleh mytaman

Saturday, September 24, 2011

Tanaman Landskap - Tumbuhan Renek Dedaunan : Caladiums

Foliage Plants - Caladiums!

Tanaman keladi dari kalangan keluarga Araceae ini cukup menarik terutamanya dari segi rupabentuk, corak dan warna daunnya. Ia merupakan antara tumbuhan renek yang popular di kalangan tumbuhan dedaunan. Tumbuhan ini yang tumbuh rendah sekitar 1' -2' tinggi memerlukan tanah yang peroi, berorganik serta sedikit lembab untuk tumbuh dengan baik. Tanaman yang tumbuh dan dibiakkan melalui umbisi ini menggemari suasana di bawah teduhan atau separa redup dan kadangkala boleh ditemui di kawasan-kawasan belukar ataupun di pinggir-pinggir hutan. Rimbunan tanaman ini dipengaruhi oleh jumlah 'mata' yang ada pada umbisinya, yang mana setiap 'mata' tadi merupakan lokasi di mana daun keladi ini muncul dan membesar.


Kini kepelbagaian dan aneka pilihan tumbuhan berbatang lendair ini boleh didapati dengan mudah di tapak-tapak semaian. Caladiums popular ditanam di dalam pasu tetapi masih menarik dan sentiasa mencuri perhatian di dalam skim landskap bertemakan semulajadi, tropika dan termasuklah untuk halaman yang bertemakan Taman melayu ataupun halaman inggeris. Selalunya tumbuhan keladi kecil ini cukup mudah didapati ditanam di dalam pasu di halaman-halaman rumah ataupun digandingkan bersama dengan tanaman lain sebagai tanaman borders . Ia mampu memberikan sentuhan yang unik di dalam binaan sesebuah halaman tegak ataupun vertical garden.
(foto - right on top : Caladium candidum)





Caladium bicolor - (Caladium candidum with red spot ?)


........
Caladium bicolor 'Pink Symphony' ............. Caladium humboldtii



Caladium bicolor -photo B



Caladium bicolor - photo C




Artikel oleh mytaman
Layari dunia taman anda di http://mytaman-ilhamnurani.blogspot.com/


Notes :

Please help us to identify these plants. You can provide the information by giving your comments below.

Article above provided by mytaman (mytaman@gmail.com)





Wednesday, September 21, 2011

Tanaman Landskap - Tumbuhan Renek Dedaunan : Aglaonema




Foliage Plants - Part 2


Aglaonema merupakan satu lagi genus di bawah keluarga Araceae. Genus di bawah keluarga keladi ini sungguh menarik dengan serlahan warna daunnya yang pelbagai. Pelbagai hibrid telah dikeluarkan bagi mempelbagaikan lagi corak daun yang ada. Kebanyakan Aglaonema sering digunakan sebagai tanaman pasu. Tanaman ini boleh disesuaikan di lokasi yang separa terbuka ataupun redup sepenuhnya. Ia merupakan antara pilihan terbaik untuk digunakan sebagai tanaman hiasan dalaman.

Aglaonema sesuai dibiakkan melalui keratan dan bijibenih. Ia memerlukan tanah yang sedikit lembab, gembur serta berorganik untuk tumbuh dengan baik. Aglaonema akan lebih terserlah apabila dipadankan dengan pasu yang menarik.



Aglaonema 'Dud Unyamanee'




Aglaonema commutatum 'Tricolor'



.......

Aglaonema nitidum................................. Aglaonema 'Earnesto Hybrid'
x commutatun 'Tricolor'

........
Aglaonema spp ........................................... Aglaonema 'Donna Carmen'



Anda mempunyai koleksi Aglaonema yang menarik. Kongsikan bersama kami dengan mengirimkannya di mytaman@gmail.com

Artikel ini disediakan oleh mytaman