Small plants with huge functions!
They are awesome! Full of varieties and colors too...
They provide dense soil cover and able to retard weeds growth. They even prevent soil erosions. Not only that, ground covers are always ready to replace grasses within shady location. Ground covers are even excellent to be placed in beautifull pots...
Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi
Tanaman penutup bumi merupakan satu lagi komponen tanaman yang sepatutnya diberi perhatian istimewa di dalam membuat pemilihan spesies untuk pembinaan landskap taman. Tanaman yang mempunyai pelbagai karektor ini turut menawarkan fungsi tersendiri merangkumi kepelbagaian tekstur, warna bunga dan corak daun bahkan menghilangkan dominasi penggunaan rumput di dalam peragaan taman. Sebahagian besar daripada tanaman ini turut berkesan untuk digunakan bagi tujuan mengawal hakisan meskipun tidak sebaik tanaman rumput.
Tumbuhan penutup bumi bukanlah ditanam semata mata atas sifat dirinya dikenali sebagai tanman penutu bumi. Tanaman ini turut sesuai untuk digunakan di dalam pembinaan vertical garden. Harus juga diingat bahawa begitu juga sebaliknya... kerana kreativiti menyaksikan bahawa tumbuhan pepanjat ataupun climbers turut kelihatan menarik dan memberikan kelainan bila dijadikan sebagai tanaman penutup bumi...
beberapa koleksi goundcovers untuk anda....
A group of Zephyrantes
White Rain Lily or Zephyranthes candida
Boston fern
Arachis pintoi
Arachis pintoi
Centratherum punctatum
Ajuga reptans "Burgundy glow"
Foto by : mytaman
looking for hibiscus : we got some here..
More shrubs to explore : Caladiums and indoor plants
nota kaki :
Terima kasih kepada anda yang telah sudi menjadi sebahagian daripada followers blog ini. Ia menjadi pendorong semangat untuk kami terus memaparkan foto-foto dan artikel-artikel yang boleh dijadikan rujukan bersama. Hasrat kami ianya akan menjadi sebahagian daripada "rujukan bergerak" yang boleh anda capai bilamana perlu melalui telefon, tablet, ipad dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai foto halaman atau foto tumbuhan yang ingin anda kongsikan bersama pengunjung-pengunjung blog ini.. sudi-sudikan lah untuk menghantarnya kepada mytaman@gmail.com