Wednesday, July 28, 2010

Pasu-pasuan

Pasu dan Kepelbagaiannya



Ada pelbagai jenis pasu yang biasa digunakan di dalam senihias taman. Pasu-pasu ini kebiasaannya dipilih berdasarkan kesesuaian lokasi dan tujuan penggunaannya. Umumnya pasu digunakan sebagai bekas tanaman namun kreativiti menyaksikan penggunaannya berkembang seiring dengan perkembangan landskap itu sendiri. Pasu kini bukan lagi terhad untuk mempamerkan tanaman cantik atau sekadar bekas bunga-bungaan. ia diolah untuk melambangkan identiti dan sangat popular untuk digunakan sebagai objek tarikan di dalam binaan pancuran- pancuran air. Pasu bukan sekadar diperbuat daripada plastik atau tanahliat. Kesenian dan kreativiti membuahkan kepelbagaian yang sentiasa memikat. Sekiranya anda berminat menggunakan pasu sebagai salah satu elemen ataupun perabot landskap anda, perhatikan perbandingan yang telah kami rekodkan.


Pasu Plastik

1. Murah

Pasu buatan plastik ditawarkan pada harga yang lebih murah . Harga yang murah dengan aneka pilihan mampu memikat pilihan pengguna. Pasu yang murah akan membantu penjimatan kos dalam pengeluaran produk bahan tanaman terutama di peringkat awalan.

2. Ringan

Pasu yang ringan senang dibawa dan mengurangkan masalah pengangkutan. Ini membantu terutamanya jika memerlukan dalam kuantiti yang banyak. Pasu yang ringan juga memerlukan tenaga yang sedikit untuk mengangkatnya. Pasu yang terlampau berat boleh menyumbang kepada beberapa kemalangan kecil termasuklah pada sendi anggota mereka yang mengangkutnya. Penggunaan pasu yang ringan membantu memudahkan kerja-kerja mengubah kedudukan pasu bagi tujuan peragaan.

3. Senang dicuci

Berbanding dengan pasu dari jenis Terra Cotta, pasu plastik lebih senang untuk dicuci. Amalan membersihkan pasu sepatutnya dibudayakan. Sesetengah pasu plastik digunakan berulangkali disebabkan menggunakan tanaman jenis annuals atau semusim. Pasu-pasu yang perlu diganti dengan tanaman yang baru lebih nampak kemas dan bersih setelah dicuci. Amalan membersihkan pasu dapat mengelakkan dari berlakunya jangkitan penyakit.

4. Terdapat dalam pelbagai warna

Kepelbagaian warna yang ada pada pasu plastik membolehkan penggemar tanaman berpasu membuat pilihan bagi memadankannya dengan olahan peragaan.

5. Sesuai untuk tumbuhan kecil

Pasu yang ringan dengan pelbagai warna pastinya sesuai untuk pelbagai tumbuhan ,istimewa untuk tumbuhan yang kecil. Adakalanya penggunaan pasu plastik bersifat sementara yakni digunakan diperingkat awal sebelum diganti ke dalam pasu yang lebih besar.

Antara kekurangan menggunakan pasu plastik pula termasuklah:

1. Mudah tumbang

Keadaannya yang ringan menyebabkan ianya kurang sesuai digunakan untuk tumbuhan berkanopi besar yang membolehkannya mudah tumbang.

2. Tidak polos

Pasu plastik samasekali tidak mempunyai rongga pada bahagian dinding pasu. Menyebabkan air lambat kering. Air yang lambat kering bermakna media tanaman sentiasa lembab. Keadaan media yang sentiasa lembab boleh merosakkan akar. Walaubagaimanapun kemahiran memahami tempoh keperluan air menggunakan pasu plastik akan membantu mengurangkan kerja-kerja menyiram.










Pasu Tanah Liat – Terra cotta

1. Berat
Pasu terra-cotta/tanah liat lebih berat menjadikannya lebih stabil bagi tujuan pameran pokok atau tumbuhan. Sekiranya anda ingin menggunakan tumbuhan yang lebih besar untuk dipamerkan maka pemilihan pasu dari jenis terra-cotta adalah lebih sesuai.

2. Pelbagai corak dan saiz

Pasu terra-cotta juga tersedia di dalam pelbagai bentuk, corak dan saiz. Pembuat pasu ini pula kian memahami kehendak dan selera pelanggan dengan menyediakan motif-motif ukiran tertentu yang boleh dipadankan dengan tema landskap atau taman yang dibina. Sesetengah pasu terracotta turut diberi sentuhan warna yang menarik terutama pada corak yang dilukis.

3. Penampilan lebih menarik

Pasu terracotta selalunya dipasarkan dalam warna coklat , perang, tanah atau diistilahkan sebagai “rustic”. Penampilannya tersendiri dan boleh menjadi focal point yang menarik.


Walaubagaimanapun pasu terra-cotta agak sukar dicuci. Sesetengah pasu dengan form atau rupabentuk buyung atau gemuk dan tirus memerlukan berus yang panjang untuk membersihkannya. Anda boleh masukkan sedikit garam dan sedikit air serta menggoncangkan bagi mengeluarkan kekotoran di dalam pasu berlkenaan.

Kelemahan pasu terra-cota ialah ianya sangat mudah pecah. Kerja-kerja mengangkatnya perlu dilakukan secara berhati-hati. Keadaannya yang berat menyukarkan sedikit pengendalian pasu jenis ini. Dindingnya yang berongga atau polos menyebabkan air media lebih cepat kering.

16 comments:

  1. Assalamualaikum,
    saya mencari supplier pasu terra cota seperti di atas. Boleh share info ke maslynomar@yahoo.com.

    Pertolongan tuan amat dihargai.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Mas..

    Telah respon via email

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    laman rumah saya terhad, berbatu batan bercampur tanah liat. Saya perlukan pasu tera cota dan plastik untuk tujuan penanaman pokok buah dan bunga.
    Tolong share info supplier disekitar lembah Kelang.
    Emel saya di zamzamalakazzam@gmail.com

    Terima kasih,
    Gee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Tuan bolehlah cuba mendapatkannya di sekitar kawasan Sungai Buluh, Selangor. Terdapat banyak nurseri \ tapak semaian yang turut membekalkan pasu-pasu berkenaan. Nurseri bunga-bungaan ini berdekatan dengan Hospital Sg. Buluh.
      Mungkin juga boleh mencuba untuk tinjau nurseri yang berada di sepanjang jalan menghala ke subang berdekatan Kota Damansara.

      Selamat mencuba.

      Delete
  4. Rakan-rakan yang lain juga dipelawa untuk memberikan input

    Terima kasih

    mytaman

    ReplyDelete
  5. Salam..
    salam kenal dari saya jiwa tani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tuan,

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga input - input yang ada dapat membantu dalam peningkatan pengurusan tanaman landskap sesama kita.

      Delete
  6. salam. boleh bagi alamat kat mana saya boleh dapatkan pasu bunga besar seperti diatas. minta email pada saya shazali411@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    saya mencari supplier pasu bersaiz besar .focus saya untuk tanaman buah dalam pot. terra cota seperti di atas atau yang bersesuaian. Boleh share info ke simmeringwh@gmail.com

    jasa baik tuan amat dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mencari supplier pasu bersaiz besar .focus saya untuk tanaman buah dalam pot. terra cota seperti di atas atau yang bersesuaian.

      Delete
  8. Saya nak cari pembekal pasu bunga liat dan plastik,sebab kedai saya nak jual barang-barang ini

    ReplyDelete
  9. Assalam, blh x bgi no hp..berminat

    ReplyDelete
  10. Salam sy mencari pasu seperti di atas dalam kuantiti yg banyak bagai mana sy boleh dapatkannya

    ReplyDelete
  11. saya dr pahang.nak mulakan bisnes pasu pasuan ni.bole bg no.yg boleh kita bincang lebih mudah

    ReplyDelete