Sunday, July 4, 2010

Kepelbagaian Taman dan Tema Landskap(Tema Taman)



















Pelbagai Jenis Taman
(Types of garden/Garden themes)


Memperkatakan jenis-jenis taman selalunya akan merujuk kepada tema atau konsep sesebuah taman itu dibina. Bergantung kepada luas kawasan yang ada, taman di rumah anda mungkin merupakan olahan beberapa taman-taman kecil dengan konsep-konsepnya yang tersendiri. Pembentukan konsep atau tema ini adakalanya dipengaruhi oleh lokasi ruang-ruang yang ada. Umpamanya ruang lapang di hadapan sesebuah rumah(front garden) yang kebiasaannya akan diperagakan dengan konsep-konsep yang menyerlah bagi menampakkan kehadiran taman itu sendiri. Namun, pembentukan konsep atau tema ini masih dipengaruhi oleh keperluan pemilik taman terutama dari segi kepentingan penggunaannnya. Terdapat juga di kalangan pemilik taman yang gemarkan taman-taman dengan konsep yang terbuka ataupun lapang.
Memiliki sesebuah tema atau konsep sebenarnya dapat membantu memberi pandu arah dalam pembinaan sesebuah taman. Adakalanya ia dianggap sebagai sesuatu yang bukan benar-benar perlu. Ketiadaan tema atau konsep boleh menjadikan taman yang dibina kelihatan caca-merba ataupun hentam keromo semata-mata. Pemilihan tema akan membantu menyelaraskan pemilihan spesies tanaman, bahan-bahan perabot taman yang digunakan serta kesinambungan antara binaan satu bahagian taman ke bahagian taman lainnya.
Anda boleh membina satu tema sahaja untuk keseluruhan halaman anda. Anda juga boleh menggabungkan beberapa tema sekiranya perlu. Apa yang penting ia memenuhi hasrat yang ingin anda capai dan mampu untuk disesuaikan dengan penggunaan ruang yang ada.
Antara jenis-jenis taman ataupun tema yang boleh anda pertimbangkan termasuklah :

1. Taman Melayu atau Nusantara
2. Taman Islamik
3. Taman Bali
4. Taman Inggeris
5. Taman Jepun
6. Taman Meditranean
7. Taman Organik
8. Taman Dapur (Kitchen garden)
9. Taman Rahsia (Secret garden)
10. Taman Herba (Herbal garden)
11. Taman Bungaan
12. Taman Tropikal
13. Taman Buahan
14. Taman Sayuran
15. Taman Tenggelam (Sunken Garden)
16. Taman Thai
17. Taman-taman berasaskan koleksi tumbuhan seperti:
a. Taman Halia
b. Taman Ros
c. Taman Bunga Raya
d. Taman Haruman

Dan pelbagai lagi…


No comments:

Post a Comment