About Us

Selamat datang ke mytaman ilhamnurani.

Laman kecil berasaskan dunia taman untuk dikongsikan bersama. Jadikan laman ini sebagai tapak perkongsian, ilmu dan pengalaman agar ianya dapat dimanafaatkan secara bersama. Laman yang disediakan untuk anda yang ingin berkongsi pengalaman mengenai landskap dan taman, mengenali dan memilih spesies landskap taman serta apa-apa sahaja pengalaman yang melibatkan penanaman dan penjagaan tumbuhan. mytaman ilhamnurani turut menyediakan koleksi gambar-gambar yang menarik untuk dijadikan panduan mahupun rujukan.

Ayuh kongsikan pengalaman anda di dalam membina dan memelihara taman, aktiviti berkebun mahupun membina sebarang hiasan taman ataupun kolam idaman. Semoga kehadiran laman ini akan turut memberi sumbangan di dalam perkembangan ilmu seni hiasan taman dan penjagaan pokok. Pelbagai pandangan dan cetusan ilham di dalam pengeluaran artikel di dalam ruangan ini diharap akan dapat dijadikan pedoman untuk kebaikan bersama. Anda yang berminat untuk mengeluarkan semula atau mengambil petikan-petikan atau merujuk mana-mana artikel atau foto-foto yang dikeluarkan melalui laman ini, silalah berbuat demikian dengan harapan dapatlah pula mewar-warkan blog kecil ini dengan cara memaklumkan atau mencatatkan bahawa sumber bahan berkenaan diambil/dirujuk daripada http://www.mytaman-ilhamnurani.blogspot.com/
(beberapa artikel sebelum ini telah kami keluarkan di bawah portal www.mytaman.com).

Semoga penelitian, sentuhan, keintiman manusia dengan alam, istimewanya tumbuhan akan turut melahirkan rasa rendah diri manusia atas kelemahan yang ada dan menzahirkan kekaguman akan kehebatan ciptaan Ilahi.

Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to http://www.mytaman-ilhamnurani.blogspot.com/

Terima kasih



mytaman
kini @mytaman-ilhamnurani