Sunday, November 2, 2014

Pokok Teduhan

Landscape and shade trees
(updates of this page is still under construction)








 Bucida moleneti (Variegated Leaf) aka Bucida batik in malay



Bucida buceras aka pokok Bucida /pokok Doa



 Syzygium jambos aka kelat jambu



Ormosia pinnata







Artikel dan kertas kerja berkaitan landskap :

Tanaman Hiasan - Potensi Keusahawanan
Amalan 7K di dalam Aktiviti Landskap
Pengenalan Landskap

Tanaman Hiasan - Potensi Keusahawanan







Bagi membantu mereka yang mencari rujukan di dalam penulisan berkaitan dengan landskap dan penyelenggaraan pokok, pihak kami akan berusaha mengumpul dan menyiarkan kertas-kertas kerja, poster atau nota yang disediakan di dalam kursus/bengkel atau persidangan-persidangan yang dianjurkan. Mereka yang berminat atau merasakan perlu untuk berkongsi kertas kerja mereka kepada pengunjung bolehlah juga berbuat demikian dan sangatlah dialu-alukan. Semoga usaha kecil ini akan membantu para pelajar, guru-guru, pensyarah, mereka yang berkecimpung atau bertugas dalam bidang landskap dan penyelenggaraan pokok bahkan orang ramai dalam memahami dan mendalami bidang ini. 

Hubungi mytamanilhamnurani@gmail.com untuk keterangan lanjut.

(Artikel ini masih dalam binaan - this article/presentation paper is still under construction)









Tanaman Hiasan – Potensi Keusahawanan




Keusahawanan merupakan salah satu daripada cabang penjanaan pendapatan yang sedang giat digalakkan oleh pihak kerajaan untuk diceburi oleh  para usahawan.  Kepelbagaian bidang perniagaan yang wujud di masa kini memberikan kelebihan untuk para usahawan memilih bidang yang berpotensi dan diminati untuk diceburi.

Perniagaan tanaman hiasan merupakan salah satu daripada bidang yang berpotensi untuk turut diterokai. Perniagaan ini yang mempunyai cabang-cabangnya yang tersendiri boleh dibahagikan kepada beberapa bidang-bidang kecil yang lain merangkumi pengeluaran bahan tanaman, media-media penanaman, pasu-pasuan dan peralatan hiasan taman lainnya turut berpotensi untuk diusahakan di samping membantu menjana pendapatan yang tersendiri. Industri perniagaan ini turut membantu membuka peluang-peluang pekerjaan terutamanya di kalangan pekerja-pekerja tapak semaian dan industri landskap itu sendiri.

Kertas kerja ini akan menumpukan kepada tanaman hiasan yang merupakan salah satu cabang utama di dalam penubuhan sesebuah Tapak Semaian.


Definisi Tanaman Hiasan

Tanaman hiasan merupakan tumbuhan yang digunakan dengan fungsi tertentu terutamanya atas maksud memperolehi nilai estatika tumbuhan berkenaan di samping fungsi-fungsi lain yang digunakan di dalam tujuan penanaman tumbuhan tersebut. Nilai estatika tersebut boleh terdiri daripada kecantikan atau keunikan rupabentuk (form) keseluruhan atau sebahagian daripada tumbuhan berkenaan , corak atau rupabentuk daun, batang pokok atau warna bunga mahupun aromanya.


Jenis Tanaman Hiasan

Tanaman hiasan boleh terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan yang bersaiz sederhana atau besar-tegap merimbun malah boleh juga terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan renek yang pelbagai termasuklah yang tumbuh  merimbun, menjalar/merayap ataupun memanjat.


Fungsi dan Peranan Tumbuhan Hiasan

Terdapat pelbagai fungsi yang boleh disumbangkan oleh tumbuhan hiasan terutamanya di dalam bidang senitaman ataupun landskap bergantung kepada spesies dan cara penggunaannya. Secara umumnya pokok-pokok berperanan sebagai penapis udara, air dan bunyi secara semulajadi. Pokok-pokok di kawasan bandar dan taman turut berperanan di dalam menyeimbangkan suhu persekitaran.  Pokok-pokok hiasan yang juga membebaskan gas oksigen ke udara, turut digunakan bagi tujuan-tujuan lain seperti :

  1. Pokok Teduhan
  2. Pokok Hadangan
  3. Penunjuk Arah
  4. Pelengkap Binaan
  5.  Pokok ameniti yang menghidup dan mencantikkan bandar, taman serta halaman-halaman
  6. Penyerap gas-gas karbon dioksida , karbon monoksida serta membebaskan ion negatif yang diperlukan oleh manusia  
Terdapat sebahagian daripada tumbuhan hiasan ini turut digunakan secara meluas bahkan popular sebagai tanaman hiasan dalaman.


Mengenali spesies-spesies popular.

Adalah wajar untuk mengetahui serba sedikit mengenai spesies-spesies yang sering digunakan di dalam industri landskap bagi memudahkan pengusaha merancang dan membuat pilihan dalam menentukan pengeluaran bahan-bahan tanaman yang berpotensi untuk memberikan pulangan di dalam industri ini. Spesies - spesies yang dinyatakan ini juga bukanlah semestinya akan sentiasa kekal sebagai spesies yang popular tetapi akan turut dipengaruhi oleh trend pemilihan tanaman semasa di samping pengaruh tema, jenis dan lokasi satu-satu skim landskap berkenaan.  Keutamaan pemilihan atau penanaman satu - satu tanaman turut dipengaruhi oleh track-record prestasinya, baik dari segi kemudahan penyelenggaraan mahupun peratus kejayaan menanamnya.

Pengusaha tanaman hiasan sebaiknya memahami corak pertumbuhan tanaman-tanaman ini memandangkan adakalanya pihak pelanggan juga akan memerlukan maklumat mengenai pokok berkenaan sebagai panduan untuk mereka memilih tanaman yang sesuai.


Senarai pokok-pokok teduhan dan hiasan yang popular

No.
Nama Tempatan
Nama Botani
1
Pokok Hujan-Hujan
Entrolobium saman
2
Pokok Tecoma
Tabebuia pentaphylla
3
Pokok Angsana
Pterocarpus indicus
4
Pokok Jemerlang/Batai Laut
Peltophorum pterocarpum
5
Pokok Bunga Tanjung
Mimusops elengi
6
Pokok Kelat Paya
Syszygium campanulatum
7
Pokok Kelat Jambu Laut
Syzygium grande
8
Pokok Semarak Api
Delonix regia
9
Pokok Kayu Manis
Cinnamomum iners
10
Pokok Bungor
Lagerstroemia speciosa
11
Pokok Kemboja
Plumeria sp
12
Pokok Penaga Lilin
Mesua ferrea
13
Pokok Khaya
Khaya senegelensis
14
Pokok Mambu
Melia indica
15
Pokok Merawan Siput Jantan
Hopea odorata
16
Pokok Kapur
Dryobalanops aromatica
17
Pokok Kiara
Filicium decipens
18.
Pokok Gapis
Saraca thaipingensis
19
Pokok Podo
Podocarpus rumphii
20
Pokok Asoka
Polyalthia longifolia’Temple Pillar’



Contoh pokok-pokok hiasan/teduhan





Deretan pokok Hopea odorata


Tabebuia pentaphylla





Selain daripada itu terdapat juga spesies spesies tumbuhan renek yang turut dianggap popular berdasarkan kepada trend penggunaan dan permintaan semasa. Sebagaimana spesies-spesies tumbuhan teduhan di atas, permintaan terhadap spesies – spesies ini juga berubah-ubah mengikut trend semasa dan track-record penggunaannya sebelum ini.



Antara spesies-spesies ini termasuklah :

No.
Nama Tempatan
Nama Botani
1
Bunga Siantan
Ixora coccinea
2
Bunga Raya
Hibiscus Rosa Sinensis
3
Lidah Jin
Sansevieria trifasciata
4
Bunga sepit udang/Helikonia
Heliconia rostrata
5
Pokok kana
Canna generalis
6
Ophiopogon
Ophiopogon jaburan
7
Puding
Codiaeum variegatum
8
Halia Merah
Alpinia purpurata
9
Setawar
Costus speciosus
10
Jejuang
Cordyline fruticosa
11
Pisang Hiasan (derhaka)
Musa ornata
12
White Sails
 Spathiphyllum wallisii
13
Spider lily
Hymenocallis speciosa
14
Bakung
Crinum asiaticum
15
Keladi
Dieffenbachia cultivar




Pemilihan bahan tanaman ini untuk dikeluarkan secara besar-besaran banyak dipengaruhi oleh tujuan perniagaan, fokus sebenar pemasaran dan kerjasama rapat antara pengusaha semaian dengan kontraktor landskap.

Pengeluaran Anak benih pokok

Kaedah pengeluaran anak-anak benih pokok dipengaruhi oleh jenis dan keperluan percambahan atau kaedah pembiakan yang sesuai. Sebahagiannya menggunakan teknik penyemaian yang sama dan ada juga menggunakan teknik yang berbeza. Sesetengah pokok boleh dibiakkan melalui keratan.

Secara umumnya  kebanyakan pokok-pokok boleh disemai menggunakan biji benih. Biji benih yang telah masak dikutip dan disemai di dalam media berpasir. Siraman ke atas media ini dilakukan  1 atau 2 kali sehari bagi mengelak media tersebut menjadi kering.

Mereka yang ingin membiakkan tanaman bagi tujuab membekal anakbenih perlu merancang pengeluaran anak benih pokok. Ini kerana sesetengan biji benih mengambil masa yang agak lama untuk bercambah. Biji benih kaum palma contohnya boleh mengambil masa selama 2-3 bulan untuk bercambah.

Pembiakan menggunakan anak benih liar boleh menjimatkan masa pengumpulan anak benih. Kaedah keratan juga merupakan kaedah segera untuk membiak anak benih.


Penyimpanan dan Penjagaan Anak benih Tumbuhan Hiasan

Boleh menggunakan polibag atau tabung. Polibag atau tabung ini pula mempunyai saiz yang berbeza-beza. Ianya dijual mengikut timbangan. Boleh juga ditempah mengikut keperluan. Sering terdapat di tapak-tapak semaian.

Anak benih juga boleh disimpan di dalam pasu. Terdapat pelbagai jenis pasu di pasaran dengan pelbagai saiz dan rupabentuk. Pasu-pasu boleh terdiri daripada pasu plastik, pasu tanah liat dan seramik .Harga pasu-pasu berkenaan mempengaruhi penggunaannya Penggunaan pasu juga perlu disesuaikan dengan jenis dan saiz pokok.

Anak –anak benih boleh diletakkan di bawah rumah teduhan atau disimpan di tempat yang terbuka . Pemilihan ruang penyimpanan ini bergantung kepada jenis anak benih berkenaan. 

Penyiraman anak benih perlu dilakukan pada waktu pagi dan petang. Kawasan persekitaran perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan serangan makhluk perosak. Kawalan makhluk perosak dan penyakit sebaiknya dilakukan secara berkala. Patuhi jumlah penggunaan bahan-bahan racun sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar.


Pembajaan anak benih

Pembajaan anak benih boleh dilakukan sebulan selepas ianya ditabung atau dipasukan. Penggunaan baja organik sangat digalakkan selain penggunaan baja kimia. Pembajaan dilakukan setiap 2 -3 bulan sekali. Pemberian baja adalah secara sedikit-sedikit dan tidak terlalu rapat kepada pangkal anak benih. Anak-anak pokok hendaklah terus disiram sebaik sahaja selesai aktiviti membaja.


Anak benih yang telah dewasa sebaiknya digantikan dengan polibag atau pasu-pasu yang baharu dengan saiz yang lebih besar.

Selain daripada itu penyertaan di dalam bidang semaian boleh menggalakkan ramai pembekal-pembekal sampingan turut menawarkan perkhidmatan masing-masing. Para usahawan hendaklah mempunyai hubungan baik dengan para pembekal ini bagi memperolehi kemudahan kredit terutamanya penyimpanan stok bahan tanaman atau setidak-tidaknya menawarkan bekalan segera apabila diperlukan



Penutup

Mengusahakan bidang jualan tanaman hiasan banyak dipengaruhi oleh minat, kemahiran dan perancangan yang teratur. Persiapan untuk mengadakan semaian bahan tanaman hiasan perlu mengambil kira faktor-faktor keperluan dan permintaan jualan, persaingan, networking sesama mereka yang berkecimpung di dalam bidang ini dan berkaitan, pengiklanan dan kepelbagaiam bidang yang berkaitrapat dengan perniagaan tanaman hiasan. Pengusaha bidang pengeluaran anak benih tumbuhan hiasan turut perlu memastikan produk-produk keluaran mereka mematuhi standard-standard pengeluaran bahan tanaman bagi memastikan tanaman yang ditanam nanti di lapangan terdiri daripada tanaman-tanaman yang berkualiti.







Nota untuk pembaca/pengunjung blog ini :




Kertas kerja ini telah dibentangkan dan dijadikan nota kursus bagi Kursus landskap dan Penyelenggaraan Pokok , 1- 3 November 2011, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.



Kertas kerja ini boleh dirujuk dengan penyataan berikut :

·         MOHD AFENDI, H. Tanaman Hiasan - Potensi Keusahawanan. Kertas kerja dibentangkan di dalam Kursus Landskap dan Penyelenggaraan Pokok, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, 1 – 3 November 2011.