Saturday, February 5, 2011

Tanaman Landskap - Tumbuhan Renek Berbunga Siri 2






Angelonia -Kecantikan bunganya memikat...

Tanaman Angelonia merupakan antara spesies tanaman popular yang sering menjadi pilihan untuk dipaparkan di dalam taman. Tumbuhan ini yang tumbuh secara menegak dengan daun berbentuk tirus kecil mengeluarkan bunga secara berjambak pada hujung batangnya. Kebanyakan bunganya terang samada berwarna ungu, merah jambu ataupun putih. Terdapat juga dari kalangan varieti yang mengeluarkan bunga yang mempunyai jalur-jalur warna bagi memberikan impak warna yang kelainan di dalam taman.

Angelonia merupakan antara spesies berbunga yang lasak bahkan mampu pula berbunga sepanjang tahun. Tumbuhan ini cukup sinonim untuk digunakan di dalam landskap yang bertemakan inggeris ataupun taman berbunga mahupun taman warna.

Beberapa koleksi tanaman renek berbunga spesies Bunga Dewi ataupun Bunga satay untuk dikongsikan bersama...

















Tanaman landskap - Renek berbunga siri 1

Cleome sesquiorygalis



Tumbuhan berbunga -Anugerah Warna dari Ilahi


Adakalanya taman memerlukan warna untuk kelihatan ceria dan menarik. kehadiran tanaman yang berbunga apatah lagi di ruang-ruang yang kecil atau terbuka mencuri perhatian. Memilih atau mencari spesies-spesies yang berbunga kekadang agak mengelirukan, sebahagian spesies hanya tumbuh semusim manakala sebahagian lagi agak sukar untuk berbunga dengan kerap. Apa pun pilihan anda untuk menceriakan suasana taman, anda memerlukan sedikit penelitian terutama dari segi mencari sudut yang sesuai untuk tanaman berbunga. Ketahui juga bahawa tanaman berbunga amat menggemari simbahan cahaya matahari.


Hiasi taman anda dengan keindahan warna bunga anugerah Ilahi!
Chrysothemis pulchella


Carphalea kirondron


Aglaia dupperriana


Adenium obesum

Spesies Herba Pilihan - Siri 3


Menggayakan taman herba anda!

Meskipun koleksi spesies menyumbang kepada tarikan pengunjung kepada taman herba anda namun koleksi ini akan kelihatan hambar sekiranya tidak digayakan dengan baik. Selaku penggemar taman, apa tah lagi pemiliknya, anda perlu berkarya dengan taman anda. Jadikan taman herba anda kelihatan bergaya. Olahlah supaya penampilan tanaman herba anda tetap menarik walaupun menggunakan spesies yang agak kerap atau mudah ditemui. Taman anda umpama kanvas - andalah pelukisnya!

Tips menggayakan taman herba

Taman herba boleh kelihatan lebih menarik sekiranya beberapa langkah mudah dapat dipraktikkan di taman anda.

1. Binalah sempadan tanaman atau hadkan ruang tanaman

Taman herba akan kelihatan lebih kemas dengan adanya sempadan. Sempadan boleh dibina dengan pelbagai cara. Ada yang dizahirkan melalui pembentukan batas atau beds. Ada juga yang menggunakan bahan-bahan kejur seperi bongkah kayu, railway slippers ataupun batu-bata. Batu-batu sungai pelbagai saiz juga merupakan bahan yang menarik untuk dijadikan sempadan ataupun pengawal had penanaman. Di sesetengah laman, penggunaan keratan batang buluh turut mencipta tarikannya yang tersendiri.


2. Sediakanlah laluan...

Laluan di dalam sesebuah taman boleh menjadikan taman tersebut lebih tersusun. Kehadiran laluan selalunya memberikan impak berbeza dan menghilangkan mood monotonous taman berkenaan yang hanya ditumbuhi tanaman. Pembinaan laluan juga memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan taman. Keunikan binaan laluan turut memberi suntikan segar di dalam taman berkenaan. Corak dan motif laluan boleh diexploitasikan secara bersahaja bagi memaparkan identiti taman atau untuk berkongsi maklumat.


3. Masukkan perabot taman...

Perabot taman seperti bangku, pasu, buaian , lampu bahkan tong sampah ; mampu menyuntik kelainan di dalam taman anda! Kehadiran perabot - perabot ini di dalam taman tidak memerlukan bilangan yang banyak sehingga menjadikannya kelihatan cacamerba. Kehadiran perabot perlu dilihat sebagai "cukup seadanya..." Pilihlah lokasi yang sesuai bagi 'menyelitkan' perabot istimewa anda. ingatlah, kehadiran perabot taman yang unik pastinya mampu mencuri perhatian pengunjung...

Ayuh! serikan taman anda dengan perabot taman...


Add Image
4. Tanamlah dengan lebih banyak!

Taman yang sedikit tanamannya boleh melemahkan semangat mereka yang memandangnya. Apa yang diperhatikan bukan lagi tanaman tetapi usaha dan kegigihan yang memerlukan curahan baja semangat kesungguhan. Taman herba akan kelihatan lebih menarik dengan jumlah tanaman yang banyak serta padat. Kesuburan tanaman yang ada ini memberikan impak yang berlainan kepada pengunjung yang akan turut terdorong untuk mempunyai halaman herba yang sama. Kelompok tanaman herba yang banyak akan memberikan kesan dominan dan gaya persembahan yang tersendiri...


5. Suntiklah elemen kecantikan...

Jangan biarkan tanaman herba anda bersendirian dengan karektornya. Suntiklah nilai estatika melalui gabungan spesies - spesies hiasan lain yang menarik. Jadikan corak dan warna daun sebagai bahan latar tanaman herba anda. Sedikit sebanyak usaha ini turut memberikan mood yang berbeza kepada pengunjung...




Foto-foto berikut diharap boleh membantu memberikan inspirasi kepada anda untuk berkarya!



Plectranthus amboinicus aka Bangun-bangun(malay)



Piper sarmentosum ataupun daun kaduk






Tulasi, Basil plant

Artikel ini disediakan oleh mytaman

Artikel ini telah dikemaskini pada 30 November 2011

Friday, February 4, 2011

Spesies Herba Pilihan - Siri 2


Cucurma longa - locally known as Kunyit(malay)




Ficus deltoides also known as Mas Cotek or Serapat Angin (malay).
The one shown here is a female Mas Cotek (Mas Cotek betina)





Justicia betonica - Ekor tupai (malay)



Phyllanthus pulcher - Naga buana (malay)




Muraya koenigii - Pokok Kari (malay)






Aloe vera atau dikenali juga sebagai Lidah buaya



Tips penanaman tumbuhan herba

1. Tanaman herba tidaklah hanya sesuai untuk ditanam di dalam taman bertemakan herba semata-mata. Tumbuhan yang menawarkan "special interest" ini turut sesuai untuk diselitkan di dalam mana-mana scheme atau susunatur landskap yang sesuai. Sekiranya tumbuhan ini diperlukan untuk memberi tarikan khas kepada sebahagian daripada komponen landskap berkenaan, apa kata kehadirannya dijadikan terserlah dengan bilangan yang banyak serta terkumpul secara dominan atau setidak-tidaknya dipamerkan dengan saiz yang amat ketara..
 
2. Sentiasa mengambilkira kesesuaian lokasi.
Ini bermakna mengolah kedudukan tanaman tersebut bagi memberikan jumlah cahaya dan kelembapan bersesuaian yang membolehkannya mengadaptasi kedudukannya yang terbaharu. Keadaan tanah yang bersesuaian juga perlu diambil kira..
 
 
Selamat mencuba!
 
(nota tips di atas dikemas kini pada 31 Jan 2013 - mytaman)

Spesies Herba Pilihan

Di dalam membina sesebuah taman herba, koleksi spesies yang ditanam merupakan antara elemen yang menjadi tarikan kepada taman berkenaan. Pemilihan spesies sebaiknya disesuaikan dengan lokasi penanaman dan kemasukan cahaya di ruang-ruang yang digunakan. Sesuaikan keperluan tanaman dengan lokasi ataupun spot yang digunakan. Pastikan juga tanaman tersebut merupakan tanaman yang mudah diurus dan tahan lasak. Berikut ialah beberapa spesies herba yang boleh dijadikan pilihan untuk taman anda.


Selamat mencuba!


Pudina ataupun Mentha spp antara spesies yang dijadikan pilihan di dalam taman berkonsepkan tanaman herba.







Anisomeles indica



Ocimum basilicum 'Red leaves'






Orthopsiphon aristatus



Ocimum basilicum