Saturday, February 5, 2011

Spesies Herba Pilihan - Siri 3


Menggayakan taman herba anda!

Meskipun koleksi spesies menyumbang kepada tarikan pengunjung kepada taman herba anda namun koleksi ini akan kelihatan hambar sekiranya tidak digayakan dengan baik. Selaku penggemar taman, apa tah lagi pemiliknya, anda perlu berkarya dengan taman anda. Jadikan taman herba anda kelihatan bergaya. Olahlah supaya penampilan tanaman herba anda tetap menarik walaupun menggunakan spesies yang agak kerap atau mudah ditemui. Taman anda umpama kanvas - andalah pelukisnya!

Tips menggayakan taman herba

Taman herba boleh kelihatan lebih menarik sekiranya beberapa langkah mudah dapat dipraktikkan di taman anda.

1. Binalah sempadan tanaman atau hadkan ruang tanaman

Taman herba akan kelihatan lebih kemas dengan adanya sempadan. Sempadan boleh dibina dengan pelbagai cara. Ada yang dizahirkan melalui pembentukan batas atau beds. Ada juga yang menggunakan bahan-bahan kejur seperi bongkah kayu, railway slippers ataupun batu-bata. Batu-batu sungai pelbagai saiz juga merupakan bahan yang menarik untuk dijadikan sempadan ataupun pengawal had penanaman. Di sesetengah laman, penggunaan keratan batang buluh turut mencipta tarikannya yang tersendiri.


2. Sediakanlah laluan...

Laluan di dalam sesebuah taman boleh menjadikan taman tersebut lebih tersusun. Kehadiran laluan selalunya memberikan impak berbeza dan menghilangkan mood monotonous taman berkenaan yang hanya ditumbuhi tanaman. Pembinaan laluan juga memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan taman. Keunikan binaan laluan turut memberi suntikan segar di dalam taman berkenaan. Corak dan motif laluan boleh diexploitasikan secara bersahaja bagi memaparkan identiti taman atau untuk berkongsi maklumat.


3. Masukkan perabot taman...

Perabot taman seperti bangku, pasu, buaian , lampu bahkan tong sampah ; mampu menyuntik kelainan di dalam taman anda! Kehadiran perabot - perabot ini di dalam taman tidak memerlukan bilangan yang banyak sehingga menjadikannya kelihatan cacamerba. Kehadiran perabot perlu dilihat sebagai "cukup seadanya..." Pilihlah lokasi yang sesuai bagi 'menyelitkan' perabot istimewa anda. ingatlah, kehadiran perabot taman yang unik pastinya mampu mencuri perhatian pengunjung...

Ayuh! serikan taman anda dengan perabot taman...


Add Image
4. Tanamlah dengan lebih banyak!

Taman yang sedikit tanamannya boleh melemahkan semangat mereka yang memandangnya. Apa yang diperhatikan bukan lagi tanaman tetapi usaha dan kegigihan yang memerlukan curahan baja semangat kesungguhan. Taman herba akan kelihatan lebih menarik dengan jumlah tanaman yang banyak serta padat. Kesuburan tanaman yang ada ini memberikan impak yang berlainan kepada pengunjung yang akan turut terdorong untuk mempunyai halaman herba yang sama. Kelompok tanaman herba yang banyak akan memberikan kesan dominan dan gaya persembahan yang tersendiri...


5. Suntiklah elemen kecantikan...

Jangan biarkan tanaman herba anda bersendirian dengan karektornya. Suntiklah nilai estatika melalui gabungan spesies - spesies hiasan lain yang menarik. Jadikan corak dan warna daun sebagai bahan latar tanaman herba anda. Sedikit sebanyak usaha ini turut memberikan mood yang berbeza kepada pengunjung...




Foto-foto berikut diharap boleh membantu memberikan inspirasi kepada anda untuk berkarya!



Plectranthus amboinicus aka Bangun-bangun(malay)



Piper sarmentosum ataupun daun kaduk






Tulasi, Basil plant

Artikel ini disediakan oleh mytaman

Artikel ini telah dikemaskini pada 30 November 2011

No comments:

Post a Comment