Frankly, I’m not very familiar with roses, but I love to see them, to smell them. I’ve been seeing them since small. My late auntie loves them very much. As far as I know there are a few types of roses. There’s one that we called garden roses, known to be the predecessors of today roses. The other roses are shrub roses and climbing or trailing roses. It was written that some date back to the time of the Roman Empire when roses were revered for their beauty and fragrance…
enjoy your reading…
Kesempatan berkunjung ke floria 2011 memberi peluang untuk aku menambahkan koleksi gambar-gambar bunga mawar ataupun ros yang menarik. Mungkin ramai di kalangan pengunjung laman ini terdiri daripada mereka yang meminati tanaman mawar ataupun ros. Anda mungkin mempunyai koleksi tumbuhan yang menarik, subur dan sering mekar berbunga. Ayuh kongsikannya di sini untuk tatapan pengunjung lainnya.
Sebahagian daripada koleksi yang ada...
Tumbuhan mawar di sebalik keindahan bunganya, juga cukup terkenal dan telah terbukti mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Kelopak bunganya mengandungi essential oil yang dikenali sebagai Rose oil. Campuran bunga dan daunnya yang diproses dan dijadikan minuman teh boleh digunakan untuk menurunkan dan melegakan demam panas. Ianya bersifat diuratik dan boleh membantu menyingkirkan toksid yang ada di dalam badan. Selain daripada itu, kandungan flavanoids yang terdapat pada kelopak bunga ros boleh meningkatkan immunisasi badan dan membantu mencegah jangkitan demam dan juga selsema.
Tanaman ros cukup sinonim dengan halaman yang bertemakan Inggeris atau English Garden. Namun pada masa yang sama koleksi dan penanaman bunga ros juga turut kelihatan dan menjadi elemen pelengkap di dalam halaman Melayu ataupun Malay garden. Secara tradisinya di kalangan orang-orang melayu, tanaman ini ditanam di dalam pasu-pasu tanaman dan disusun di bahagian hadapan ataupun tepi-tepi rumah. Adakalanya ia kelihatan ditanam secara berbatas.
Tanaman ros merupakan antara spesies yang boleh diketengahkan juga untuk taman-taman atau halaman-halaman yang bertemakan bunga-bungaan ataupun haruman. Penanaman tanaman ini memerlukan minat, tumpuan dan pemahaman yang baik dari segi keperluan cahayanya, media, siraman dan pembajaan.
Ia amat menggemari pancaran terik matahari dan tumbuh dengan baik di dalam media yang peroi serta banyak humus ataupun bahan organik. Walau bagaimanapun terdapat di kalangan mereka yang berpengalaman menanam tanaman ini berpendapat bahan organik seperti baja tahi ayam ataupun tahi kambing agak kurang sesuai untuk tanaman mawar. Pembajaan untuk tanaman mawar lebih tertumpu kepada penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti isi ikan, kulit udang dan seumpamanya. Siraman yang terlalu banyak juga tidak sesuai untuk tanaman ini.
Tanaman mawar sering dikategorikan sebagai antara tanaman yang agak manja. Ia juga agak sukar untuk menyaingi tumbuhan lain sekiranya ditanam secara bersama. Penanaman tanaman ini turut memerlukan tumpuan dari sudut pemangkasan ranting bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk-pucuk baru dan pengeluaran bunga yang banyak.
Hiasi halaman rumah anda dengan keindahan mawar,
moga halaman jiwa anda akan turut indah, seindah bunga mawar yang anda tanam….