Keindahan bunga ros di Pesta FLORIA 2011 di Putrajaya!
Festival bunga-bungaan bertemakan "Roses are forever - Ros Untuk Selamanya" telahpun berakhir . Pesta ini yang dilangsungkan pada 9 - 17 Julai 2011 telah menyaksikan peragaan pelbagai jenis bungaan yang secara tiba-tiba tumbuh mekar di tapak pameran persisiran tasik, presint 2, Putrajaya.
Pelbagai aktiviti pameran dan jualan telah menarik minat ramai pengunjung untuk membanjiri pesta berwarna warni ini istimewanya pada hujung minggu. Penggunaan bunga-bungaan dari kalangan "roses" terserlah melalui pelbagai corak peragaan bahkan cukup sinonim dengan taman-taman inggeris yang dibina. Saksikan beberapa foto yang sempat dirakam.. enjoy it!
No comments:
Post a Comment