Wednesday, September 28, 2011

Tanaman Landskap - Tumbuhan Renek Dedaunan : Alocasias

Foliage Plants - Alocasias

Tanaman keladi ataupun yam merupakan antara tumbuhan renek yang popular terutamanya keladi gajah atau Keladi Telinga Gajah yang turut dikenali sebagai Alocasia macrorrhizos (dahulunya dikenali sebagai Alocasia macrorrhiza). Tanaman ini menyerlahkan daunnya yang lebar dan hijau pekat yang membantu memberikan kesan warna hijau yang segera di dalam skim tanaman landskap. Tanaman ini yang diketahui mengandungi cecair yang boleh menyebabkan gatal apabila tersentuh dengan kulit kita cukup sinonim dengan landskap yang bertemakan tropika, Bali termasuk juga halaman Melayu. Selain popular ditanam secara berbatas ataupun berkelompok di sudut-sudut atau pinggir halaman, tumbuhan ini turut popular digunakan sebagai tanaman pasu.

....
Alocasia macrorrhizos ................................. Flower of A. macrorrhizos

Selain daripada Keladi Telinga Gajah di atas yang besaiz besar , terdapat juga kalangan genus Alocasia yang bersaiz kecil atau sederhana. Alocasia x amazonica contohnya, merupakan antara spesies keladi yang popular digunakan sebagai tanaman pasuan samada di kawasan kediaman ataupun persekitaran pejabat. Keladi Kris Plant ini yang turut dikenali dengan nama Keladi Candik, sememangnya sangat bergaya untuk diserlahkan di dalam skim bertemakan tropika ataupun hutan mini. Spesies yang mempunyai bentuk daun yang unik ini tumbuh dengan baik di kawasan separa redup di dalam media yang berorganik tinggi.

..........
Alocasia x amazonica ................ Alocasia x amazonica aka Kris Plant

Gambar di bawah menunjukkan satu lagi spesies keladi yang popular dan unik. Tanaman ini dikenali dengan nama Alocasia macrorrhizos "Variegata' - spesies yang dikatakan berasal daripada Negara Gajah Putih! Spesies ini turut sesuai untuk dipadankan dengan tema Bali bahkan mampu mencetuskan kelainan di dalam taman anda. Keladi batik atau Keladi Marmar ini sesuai diperagakan dalam bentuk pasuan atau ditanam secara berkelompok pada sudut-sudut tertentu halaman.

Alocasia macrorrhizos 'Variegata'

Terdapat pelbagai lagi spesies Alocasia yang menarik untuk dikongsikan bersama. Sebahagiannya ada disertakan di halaman ini. Tanaman Alocasia memerlukan tanah yang peroi untuk tumbuh dengan baik. Tanaman dari jenis A. macrorrhizos yang matang mampu untuk tumbuh tegak dan berbatang dengan gaya atau karetornya yang tersendiri. Meskipun mampu untuk tumbuh di kawasan yang separa redup, spesies ini turut sesuai untuk diperagakan di kawasan yang terbuka.


Alocasia spp



Alocasia macrorrhizos 'Lutea'



Anda mempunyai koleksi tanaman Alocasias yang menarik di halaman rumah anda? Ayuh! Kongsikan bersama kami dengan menghantarkannya ke mytaman@gmail.com atau poskan komen anda di bawah.



Artikel ini disediakan oleh mytaman

No comments:

Post a Comment