Tuesday, June 29, 2010

Tips Membina Taman Kecil










Binalah dulu personaliti taman

Membina sebuah taman kecil di kawasan kediaman bukanlah sesukar yang dijangka. namun beberapa pertimbangan mudah perlu diambilkira bagi memastikan laman yang anda bina kelihatan menarik dan memenuhi fungsi yang anda inginkan. Ingatlah bahawa taman yang akan dibina nanti ialah taman anda sendiri, juteru karektor taman, susunatur tumbuhan dan pemilihan spesies sebaiknya melambangkan diri anda atau kata lainnya menampakkan personaliti anda.

Catat serta lakarkan serba ringkas rupabentuk taman anda.

Sekiranya anda gemarkan warna, binalah taman anda dengan gabungan kepelbagaian warna bunga ataupun warna-warna daun tumbuhan. terdapat pelbagai spesies yang menawarkan pelbagai warna bunga yang menarik yang mungkin menjadi idaman anda, namun perlu diingatkan bahawa pemilihan bunga-bunga ini juga biarlah dikalangan yang mudah dipelihara dan tidak remeh penjagaannya.

Terdapat senarai spesies pilihan di halaman flora @ ilhamnurani yang telah disediakan untuk anda. Pilihlah mengikut selera anda dan ingatlah, pemilihan terhadap spesies untuk hiasan taman, tidaklah perlu terlalu banyak sehingga menyebabkan taman anda kelihatan seperti caca-merba.

Bagi mereka yang gemarkan suasana semulajadi ataupun natural look, pastinya akan menjadi lebih cenderung untuk menjadikan taman kelihatan tumbuh secara rawak dan tersendiri di sudut halaman mereka.

Para pencinta palma pula akan cenderung untuk mengumpul dan memilih gabungan pelbagai spesies palma yang sesuai dengan imej ataupun tema yang diinginkan. Dalam keadaan tertentu, sesetengah pokok palma seperti Areca catechu (Pinang makan, pinang sireh ataupun betel nut) begitu sinonim dengan tema kemelayuan. kehadiran spesies palma ini sebenarnya melengkap dan menguatkan lagi kesan imej landskap melayu yang diinginkan.

Mereka yang gemarkan imej ringkas dan kemas, selalunya akan menampakkan ruang-ruang yang lebih lapang dengan jumlah penggunaan tumbuhan yang sederhana.

Walau apa pun pilihan anda, yang pasti biarlah iannya memenuhi citarasa anda!
Sekiranya anda musykil dengan apa yang anda fikirkan sesuai untuk taman anda, hubungi kami.

Kami akan berusaha membantu!

Ayuh, binalah personaliti taman anda!




mytaman

No comments:

Post a Comment

Post a Comment