Thursday, July 1, 2010

Melakar Rupa Taman

Lakarlah rupa taman anda terlebih dahulu
Make a simple sketch for your garden

Sesebuah taman akan lebih mudah diolah sekiranya anda dapat menyatakannya dalam bentuk lakaran. Lupakan soal kecantikan lukisan anda. Yang penting anda boleh melakar atau melukis rupabentuk segiempat, bulat, lonjong mahupun nombor lapan!

Lakarlah taman anda seadanya. Jadikan bentuk sempadannya seiras mungkin dengan keadaan semasa taman anda. Sesuaikanlah dengan skala. Kertas A4 , B3 atau apa saja saiz yang anda gunakan itu sebaiknya dapat memberikan gambaran keseluruhan kawasan taman.  Usah utamakan ketepatan di dalam lakaran anda. Apa yang penting ialah mengetahui kedudukan bangunan, struktur-struktur penting lain seperti pagar, tiang lampu , rumah jiran, bahkan kedudukan matahari pada waktu-waktu utama seperti pagi, tengahari ataupun petang (2 - 4 ptg). Ini penting bagi mengetahui kesan bayang matahari yang anda ingin atau tidak ingin anda perolehi. Kenalpasti kedudukan pepohon utama atau apa-apa elemen yang ingin anda jadikan sebagai " focal point" di dalam landskap taman anda.

Perabut-perabut landskap sekiranya ada juga perlu ditentukan lokasi dan bilangannya bagi memudahkan perancangan bajet anda. Dalam keadaan tertentu anda juga perlu mengenalpasti waktu yang paling kerap anda menggunakan ruang berkenaan. Ingatlah, adakalanya sesebuah taman itu hanyalah untuk dinikmati keindahan, keunikan atau keistimewaannya dan bukan semata-mata untuk dijadikan sebagai ruang santai sahaja! Sekiranya anda memerlukan sedikit asas semaklah contoh-contoh lakaran dan asas-asas lakaran yang telah disediakan.

Selamat melakar!

No comments:

Post a Comment