Saturday, July 3, 2010

Indahnya Pagar

The beauty of garden fences...

Taman akan kelihatan lebih menarik sekirannya dipagar!

Bagi kebanyakan penggemar taman, pagar merupakan satu elemen yang jarang ditinggalkan. Mempunyai susun atur tumbuhan sahaja adakalanya tidak mencukupi. Kekurangan sebenar mungkin terletak pada pagar atau tembok anda!

Di kawasan kediaman , pagar memainkan peranan yang cukup istimewa. Kewujudannya membawa fungsi yang tersendiri. Ada yang dibina untuk tujuan keselamatan, tetapi ada juga yang dibina sekadar untuk menyatakan sempadan. Selalunya kediaman sebegini mempunyai sistem kawalan keselamatan yang tersendiri atau secara berpusat. Bergantung di mana anda tingggal, pembinaan tembok atau pagar tetap memberi impak yang istimewa pada sesebuah taman.

Anda boleh memilih untuk membina pagar yang rendah atau pagar yang tinggi bergantung kepada keperluan peribadi anda. Namun secara prinsipnya, tidak semua perkarangan kediaman kita perlu ditonton oleh jiran kerana adakalanya kita dan mereka memerlukan sedikit privacy. Peragaan landskap halaman melayu turut menitikberatkan aurat halaman ini.

Taman yang dipagar akan kelihatan lebih kemas, terserlah serta lebih fokus. Ia akan menghindarkan pemandangan lain yang mungkin menjejaskan rekabentuk sebenar taman yang ingin kita serlahkan. Bentuk serta rekaan pagar pula akan mempengaruhi kesinambungan tema atau konsep taman anda. Pembinaan pagar atau tembok adakalanya bukan bermaksud untuk hadangan semata-mata, tetapi boleh berfungsi untuk mengasingkan mood landskap atau menghadkan penggunaan ruang termasuk ruang pemandangan. Sekiranya berhajat untuk memasukkan elemen pagar atau tembok, perhatikan kepelbagaian pagaran dan tembok yang telah disediakan untuk anda.

Pagari taman anda dengan kerendahan dan keindahan hati…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa contoh pagar taman untuk dikongsi bersama...





















No comments:

Post a Comment