Memiliki sebuah kolam atau taman air merupakan keinginan kepada sebahagian besar daripada penggemar taman. Apa tidaknya, kehadiran kolam atau pancuran ini sebenarnya menghidupkan lagi penyerlahan taman yang dibina. Deruan atau percikan aliran air yang berterusan bagaikan muzik latar yang membantu memberikan ketenangan minda. Minda yang tenang pastinya akan dapat membantu melorongkan individu tersebut untuk membuat keputusan yang lebih tepat, adil dan bermakna.
Begitulah peri pentingnya elemen air di dalam aktiviti landskap atau senihias taman. Memilikinya bukan sekadar untuk memberikan nilai estatik tetapi menyumbang secara sampingan di dalam mengimbangi mood dan pemikiran mereka yang menghayatinya. Taman Air boleh terdiri daripada pelbagai bentuk dan rekaan. Bergantung kepada keperluan dan fungsinya, taman-taman air selalunya mengundang minat penguna taman untuk menghampirinya terutama dari kalangan kanak-kanak.
Membina sebuah taman air memerlukan beberapa penelitian terutama dari segi penggunaannya. Sesetengah taman air hanyalah sekadar untuk diperhati manakala terdapat juga taman air yang dibina untuk tujuan berinteraksi. Walau apa pun kaedah penggunaannya ,mempelajari tips untuk membina sesebuah taman air mugkin akan dapat membantu merealisasikan impian anda!
Berkongsilah maklumat atau cerita mengenai Taman Air anda, pasti ramai yang ingin mengetahuinya…hantarkan artikel anda di mytaman@gmail.com.
blh bg idea pasu yg sesuai utk tanam keladi bunting?
ReplyDeleteKeladi Bunting..
ReplyDeleteHmm... agak cepat membiak. bunga 'purple'nya menarik.
puan boleh gunakan pasu yang leper atau mempunyai permukaan/bukaan yang luas.
Tips tambahan:
Jangan lupa ikan atau apa-apa kaedah yang boleh mengelakkan jentik-jentik terkumpul atau berada dalam pasu tersebut.
tk