Taman atau landskap yang ingin kita bina sebaiknya dikenalpasti akan fungsinya terlebih dahulu bagi memudahkan kerja-kerja mengolahnya nanti. Taman tidak dibina semata-mata kerana “orang lain atau tempat-tempat lain pun ada taman”. Taman dibina berasaskan keperluan untuk mengadakannya. Taman juga dibina bagi memperolehi kepuasan diri…
Mencari fungsi taman bukanlah bermaksud untuk mencatat segala peranan yang dimainkan oleh sesebuah taman. Mencari fungsi taman bermaksud menentukan cara penggunaan ruang berkenaan. Adakah ianya untuk dijadikan ruang bersantai, kerap digunakan atau aktif? Atau mungkin hanyalah sekadar penghias ruang semata-mata. Tidak semua taman dibina untuk kita berada di dalamnya. Sebahagiannya juga dibina untuk dipandang sebagai “lukisan latar” dalam bentuk 3 dimensi! Pastikan pengguna utamanya. Mereka mungkin anda, tetamu ataupun anak-anak anda!
Sekiranya anda ingin menjadikan taman anda sebagai taman yang “aktif” bermakna anda akan sedikit sebanyak terpengaruh untuk memikirkan ruang sebagai salah satu elemen yang perlu diwujudkan. Penentuan sebegini akan membantu anda mencorakkan susunatur beberapa elemen-elemen tambahan di dalam taman seperti wakaf, pergola, water features ,laluan(pathway), bangku dan lain-lain perabut taman.
Mengenalpasti penggunaan ruang perlu bagi memastikan taman itu tidak dibina tanpa sebab. Langkah asas dan mudah ini akan membolehkan kita untuk menganggarkan kekerapan kita berinteraksi dengan taman kita sendiri. Bukankah taman akan kelihatan kemas dan menarik apabila dijaga?
Tips mudah mengenalpasti fungsi taman – lakarilah taman anda!
mytaman
kini @mytaman-ilhamnurani
No comments:
Post a Comment